KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 –  Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dengan kerjasama Kraftangan Malaysia dan Persatuan Pendidikan Khas menganjurkan Festival Kesenian, Kebudayaan, Kemahiran & Keusahawanan Pendidikan Khas Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2023 bermula pada  17 hingga 19 Januari 2023 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. 


Encik Abdul Aziz Bin Md Hashim melawat gerai pameran

 

Encik Abdul Aziz Bin Md Hashim, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, turut hadir untuk memeriahkan lagi acara tersebut.

 

Festival ini merupakan salah satu acara tahunan yang ikut di taja oleh  IPSB Technology di bawah program “Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility-CSR), bagi membantu dalam kebajikan dan kebaikan bagi golongan kelompok dan murid murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk lebih fokus kepada bidang kemahiran yang mereka gemari. 

 

Salah satu persembahan kanak-kanak istimewa 

Jom berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur bagi memeriahkan festival meraikan kanak-kanak istimewa menonjolkan bakat mereka ini.

 

Untuk mengikuti perkembangan IPSB Technology, layari laman sosial kami di instagram, Facebook dan LinkedIn