Pengarah Urusan IPSB Technology, Nasir Baki Terima Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka

Oct 11, 2020

Pengarah Urusan IPSB Technology, Nasir bin Baki telah dianugerahkan penghargaan “Darjah Pangkuan Seri Melaka D.P.S.M” yang membawa gelaran “Datuk”, bersempena dengan Hari Keputeraan Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj ke-71, Mohd Ali bin Mohd Rustam selaku Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Anugerah penghargaan ini disertai oleh isteri beliau, Tengku Suliani binti Tengku Abdullah Sulaiman, yang turut merupakan Ketua Hal Ehwal Undang-Undang dan Korporat bagi IPSB Technology. 

Seramai 241 orang penerima telah hadir ke sesi kedua majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang berlangsung di Seri Negeri Melaka pada 11 Oktober 2020. Datuk Nasir Baki merupakan salah seorang daripada 41 individu elit yang dianugerahkan gelaran “Datuk” di dalam majlis tersebut. Gelaran “Datuk” ini merupakan gelaran kehormatan di Malaysia, dianugerahkan oleh Raja- raja dan Ketua Negara Malaysia kepada individu-individu yang layak dan telah banyak menyumbang kepada kemajuan negara atau negeri.

Datuk Nasir Baki merupakan pengasas dan Pengarah Urusan bagi syarikat Integriti Padu Sdn. Bhd. (IPSB Technology) dan kumpulan syarikatnya sejak 2008. Semenjak itu, IPSB Technology telah berkembang menjadi sebuah syarikat Bumiputera berasaskan teknologi dengan semangat untuk mengembangkan pasukan dan menjadi peneraju Syarikat Perkhidmatan Terurus bagi ‘Big Data Infrastructure, Digital Media & Network Security’ di seluruh Asia Tenggara.

Alhamdulillah dan sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Nasir Baki dan Datin Tengku Suliani Tengku Abdullah Sulaiman di atas pencapaian berprestij ini!


The Managing Director of IPSB Technology, Nasir bin Baki has been conferred the honour of “Darjah Pangkuan Seri Melaka D.P.S.M” which carries the title “Datuk”, in conjunction with the 71st Birthday of Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka. He received the award accompanied by his wife, Tengku Suliani Binti Tengku Abdullah Sulaiman, who is also the Head of Legal and Corporate Affairs at IPSB Technology.

A total of 241 recipients attended the second session of the ceremony “Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka” which was held at Melaka’s Seri Negeri on 11th October 2020. Datuk Nasir Baki was one of the 41 elite individuals conferred the “Datuk” title in the ceremony. The title “Datuk”, which is a Malaysian honorific title, is conferred by monarchs and Head of State of Malaysia to deserving individuals who have contributed greatly to the betterment of the nation or state. 

Datuk Nasir Baki is the founder and Managing Director of Integriti Padu Sdn. Bhd.  (IPSB Technology) and its group of companies since 2008. Since then, IPSB Technology has grown to be a technology-based Bumiputera company with a passion for growing the team to become a leading Managed Services Company for Big Data Infrastructure, Digital Media and Network Security across South East Asia.

Heartiest congratulations to Datuk Nasir Baki and Datin Tengku Suliani Tengku Abdullah Sulaiman on this prestigious achievement!